Monday, February 21, 2011

Kenapa malas nak update blogger dah ni?

Sorri lah lama dah tak update.
Bukan apa, busy memanjang. Busy? Bukan, aku tak ada benda nak update sebenarnya.

Ramai yang tanya apa kes pihak berkuasa telefon?
Well actually ada orang ni yang tak puas hati dengan post aku tulis pasal "dengki-dengki" dan "pandang rendah universiti Malaysia" sebab katanya dia terasa. Bila polis call aku tanya, aku rileks je la jawab. Aku tak cakap nama siapa pun, yang dia dah terasa dah kenapa? Nak kaitkan aku dengan Akta Hasutan, Akta Multimedia semua, silakan. Sebab kau tak ada kes, dan aku tak violate apa-apa. Aku siap gelak-gelak cakap dengan polis tu. Macam-macam hal lah.

Kamon! Sorry to say, tapi tiada apa yang boleh dikatakan dari mulut aku kecuali, what an idiot.


Apa yang terbaru? AKu sedang siapkan manuskrip buku nombor dua dan sedang siapkan zine nak dijual di Frinjan. Harap sempat lah buat before 5hb Mac ni. Kalau tak sempat maybe Frinjan 19 barulah korang jumpa zine aku yang pertama-tama tu.


Frinjan 17 haritu sempat jugak aku jadi MC last minit. Naha mintak t
olong, aku tolonglah kawan. Padahal petang tu janji nak ke Serdang nak diskus The Comrades punya business. Tapi ngam-ngam member-member aku masing-masing ada hal. So aku kenselkan. Last last melepak jadi MC di Frinjan 17.

Malam tu havoc la Frinjan dengan macam-macam band datang. Dengan ahli-ahli lontaran kata, Fahmie Freakmie, Petak, abang rambut panjang dari JB dan band-band macam Dum Dum Tak, Stick No Bill, Illustrasi.
Happening lah. Lainkali korang datang la Dataran Shah Alam, setiap sabtu pertama setiap bulan. Kalau rajin follow la twitter @frinjan or join group frinjan di facebook.

Satu-satunya gambar yang aku ada dari Frinjan 17. Muka aku pun tak nampak. Tgh interview Awang Masrin of Illustrasi.

And 24hb Feb sampai Ahad ada Merocok-Rocok (Teater) oleh Kumpulan Teater Paradoks yang diarahkan oleh Aloy Paradoks di stor teater Dewan Bahasa Pustaka. Korang datang lah sana, RM20 je. Start 8pm. Aku maybe datang hari Sabtu macam tu. Haaa. Kalau nak meetup pun boleh yu ols.


Itu je lah update sekarang ni.
Nanti ada masa and ada idea, aku update lagi.

Notakaki : Patut aku hairan ada ramai orang datang dari sebuah blog ke blog aku. rupanya Huda Luna Al Sagoff pegi mention and linked aku punya blog kat situ.


0 comments: