Aku bukanlah orang yang cepat prejudis, judgemental mahupun orang yang suka melabel. Tapi kali ni aku memang tak boleh bersabar. Aku rasa post aku hari ini adalah untuk meng-enlighten kan pemikiran manusia-manusia yang pada aku kurang bijak berfikir dan orang yang kurang pengetahuan am.
Aku baru kena baling dengan statement "Bobby ni belajar dalam negara, walaupun dah abis Master tapi study dalam negara. Huh, anak si polan belajar di England. Lagi terer."
Aku tak kesah kalau kau nak kata apa. Tapi, dalam situasi ni, anak si polan adalah bukan warganegara Malaysia, tetapi adalah anak warganegara Brunei Darussalam. Dan orang yang membuat statement tak berotak itu, malu aku nak mengaku adalah orang yang ada sangkut paut dengan keluarga aku.
Mungkin korang pun tak tahu, bahawasanya di Brunei Darussalam hanya ada 1 universiti yang termasyur iaitu UBD. Universiti Brunei Darussalam. Anak si polan, dan ramai lagi anak orang Brunei di sponsor untuk belajar ke luar negara hanya kerana mereka tidak mempunyai professional dan sumber pendidikan yang mencukupi dalam negara mereka. Itu satu. Dua, kerajaan Brunei memang kaya. Takkan kau tak tahu? Kamon lah. Bosan-bosan, dorang hantar rakyat dorang ke luar negara. Ofkos, kalau aku pemerintah yang kaya pun aku akan hantar rakyat jelata aku ke luar negara, sebab itu option terbaik untuk aku improve dan develop pendidikan dalam negara aku.
Ingat, Brunei lain. Malaysia lain.
Malaysia pula sebaliknya. Malaysia dah banyak universiti yang aku pun malas nak listing yang setaraf dengan universiti over the seas. But, ade ke orang nak pandang? Ade ke, orang kampung yang otak udang nak pandang? Tak ade. Kenape? Sebab unievriti tu dalam Malaysia. Tak ada salji, tak ada mat salleh ramai-ramai, tak ada bendera Union Jack atau pun bendera United States ataupun mana-mana bendera rakyat manusia berkulit putih.
Yes. Aku tahu, aku belajar local universities. Dari matrik, degree dan master degree. Dah settle semua. Alhamdulillah master degree aku pun lulus cemerlang. only 0.3points tersasar untuk aku mendapat anugerah bersempang di majlis konvo. Tapi, ada orang kesah? Aku tak kesah orang nak down dan caci merba aku. Tapi jangan lah pandang rendah dan kata bukan-bukan depan mak bapak aku. Oi. Kalau aku kaya, bapak aku kerja Petronas Carigali, mak aku kerja Shell, tak apa. Memang dah lama aku fly. Bukan takat dari degree lagi aku fly, dari high school dah aku suroh mak bapak aku hantar aku boarding school kat London. Tapi aku BUKAN KAYA macam orang lain.
Degree aku belajar pun pinjam PTPTN. Alhamdulillah master degree, kerajaan sponsor selama 2 tahun. Aku tak perlu bayar apa, aku tak perlu bayar balik semua. Itu semua aku dapat sebab aku apply. Aku struggle nak get in. Kau faham apa? Kau ingat senang ke sedap-sedap nak pegi overseas? BERLAMBAK lagi student Malaysia ni yang 4.0, yang straight As, yang flying colors ni yang tak dapat nak fly. Belum lagi korang baca JPA dan kerajaan dah minimalkan budget student Malaysia fly ke oversea.
Orang tak tahu. Kau tak tahu.
Boleh tak kalau kau baca news dulu, sebelum kau nak look down on other people?
So, disebabkan sakit hati melampau. Aku sedang usha semua universiti yang ada twinning program ke over the sea. Hahaha. Aku cuba lah carik lobang ke over the sea. Either pegi melalui UiTM, UPM or USM. Sebab kalau nak apply direct dengan Uni overseas, nanti sapa nak bayar yuran aku, kau ke?
Pelik aku dengan orang bodoh macam ni. Biase la. Orang otak kecik, tak cukup ilmu di dada. Kurang membaca dan kurang peka.
9 comments:
pelik tp benar.mata ku bergenang maca entry kau kali tok.
sakit bila ada sedara kedirik mengata depan mak bapak kta
sebab confirm.mak bapak sikkan cakap apa bah..
akma,
yalah. tedah lah bapak dgn mummy ku kenak anok orang. sik tauk juak kenak. padahal kau tauklah bapak ngan mummy ku bukannya jenis gago nak nganok orang. heran ku.
sik guna simpan saudara macam ya. sik guna.
udah nama sik tauk, tapi agik juak maok judging bagey tauk segala.
damn it. what to do?
mun diexplain klak kononnya men cover dirik kedirik.
lantas, terpaksa lah kita (kamek-lah) membiarkan luncai dan labunya...
dr mana kita grad x penting. yg penting apa hasil yg kita dpt :)
SETUJU!!!!!!!!!!!
iboh dlayan org camya. org nok slalu pandang rendah kt org lain ya sbenanya narrow minded..
anon. yeah! liza ku nang sik layan.tapi aku panas sbb sidak anok parents aku.
hmm.mebe diorang tu taktahu yg IPTA2 kita ni dah masuk ranking dunia. semoga ko dapat buka mata diorang. :)
p/s:1st time sini.terpanggil untuk komen sebab aku pon ada sedara2 yg suka membanding2. ishh.
Fara,
thank you for the comment. Itulah, tapi mulut orang, macam mana nak tutup. biasalah dah adat, mengata orang tu lebih seronok berbanding dudok diam.
Takpe, yang penting. kita tahu jati diri kita, sudah.
Post a Comment