Thursday, November 4, 2010

Update pasal hidup : Berdakwah kena pada cara.

2011 dah makin dekat.
aku makin loser sekarang. loser sebab aku nye duit dalam bank dah mencapai angka ko-so-ng. 2bulan aku tender dari company lama sebab yela, konon nak fokus thesis. viva next week. 10hb November. Final exam 9hb. Khamis depan.

Kalau dah selesai VIVA dan Final. aku secara rasminya adalah Nuurrianti MA. Jadi aku ada 6-7bulan nak kurus sebelum konvo. Kurus?

_____________________________________________________________

Koh Sah Mui, Manila dan Seoul.
Plan untuk 2011. Tahun 2010 tak kool sangat sebab busy gila babi dengan kerja banyak gila babi dan sekolah pun busy gila babi. Tak dapat jalan jauh-jauh. jalan pun takat nak pegi PD, nak pegi Pahang, Melaka, Johor. Semua dalam Malaysia. Tak sempat nak buat semua. Tak terkejar masa.

____________________________________________________________

so, ipad dah ada dalam list wajib beli awal tahun 2011. Aku dah guna ipad Fini banyak kali dan sungguh awesome bila bahan bacaan (okay, aku mmg obses dengan buku) ada di hujung jari. harap-harap harga ipad jatuh bergolek di awal tahun 2011. ke ade orang nak bagi ipad sebagai hadiah awal tahun?

okay sebut pasal 2011. mesti orang tanye ape resolusi-resolusi baru?

aku? mungkin nak continue je azam-azam yang tak jadi tahun 2010. Kurus. Make more than few-K per month. Teach more. Volunteer more. And buy myself a nice crib. Baru haritu member aku ajak beli rumah untuk investment kat Melaka. Tapi, aku taknak rumah atas angin (kondo/apartment) so, nanti-nantilah usha rumah bila dah okay sikit finance aku. Harap 2011 ada la rezeki murah dari Allah. Harap-harap ada rezeki.
______________________________________________________________

Adakah kita Tuhan bila kita katakan "Kalau kamu tak sebarkan hal ini (sharekan post di facebook/blog), maka solat kamu tidak diterima 40hari 40malam"?. Saya ULANG. Adakah kita Tuhan yang punya kuasa untuk tentukan solat orang diterima atau tidak diterima? Saya memang tidak boleh terima perkara-perkara shallow macam ini. Panggil saya jahil kalau itu kamu nak. Tapi saya tak rasa saya jahil dalam hal ini.

ni aku punya status dalam facebook/twitter semalam.
okay mungkin orang nak kata aku emo ke, menggelabah ke, jahil ke, babi ke, pundek ke, panggillah. tapi pada aku, kalau kau nak berdakwah. ugutan bukan caranya. dan bila kau kluarkan statement macam "Kalau kamu tak sebarkan hal ini (sharekan post di facebook/blog), maka solat kamu tidak diterima 40hari 40malam"? itu umpama kau mengugut dan kau jadikan diri kau Tuhan.

Kamon la people. aku mengaku la. tangan aku angkat dua-dua sampai langit. aku mengaku ilmu agama banyak lagi yang aku kena baca, kena research, kena kaji, kena belaja dan kene praktik. Tapi konsep asas "Manusia bukan Tuhan" tu aku memang paham sangat-sangat.

Kau Tuhan ke nak kate solat orang kene terima ke tak terime. Kau Tuhan ke nak kate si polan ni masuk neraka, si polan ni nanti tak lepas la siratulmustakim, jatuh masuk lobang neraka kene bakar idup-idup. Kau Tuhan ke?

jangan beb. benda yang kau nak dakwahkan, nak kau sebarkan, kau sebarkan la kalau kau rasa itu betul. tapi pastikan fakta yang kau share/post/preach tu betul. bukan dari sumber-sumber tak pasti yang boleh sesatkan orang lain.

kalaupun kau punya sumber sahih gila, betul segala. kau tak patut ugut orang dengan statement macam tu. berdakwah kena pada cara. apa pandangan kawan-kawan yang agama lain bila baca status kau yang macam tu? tak ke Islam/satu-satu agama tu yang kene condemn. kene judge. bukan kau sorang. SATU AGAMA kena judge. lagi-lagi orang yang tak tahu secara dalam pasal agama kita.

aku sokong gila kalau orang nak berdakwah. sokong sangat-sangat. tapi kena pada cara. kena pada approach. kena berhemah, kena berbahasa. baru orang tahu kau tu ada integriti. baru orang hormat kau.

ingat respect is earned. bukan lah kau paksa orang hormat kau.

dan kau kena faham. bila kau respect orang, baru orang respect kau. kau ingat kalau guna cara kurang ajar, orang nak respect kau? tak ade beb. tak ade. kene maki-hamun ade la. karang tak pasal-pasal ada page "I hate Mr/Ms XXX for being rude" kat facebook. Melagau kau nak tukar profile name kau.

Pandai-pandai lah fikir. korang pun orang pandai. dah besar panjang. ada ijazah. ada diploma. ada sarjana bagai. guna otak pintar korang fikir.

think with wider perspective. jangan shallow sangat.

2 comments:

cafiena said...

agree!

approach kena betul. bagai mangga dan kunci. tak padan, tak masuk, ada yang scratch.

yang hairan nya,kenak sidak nya sik pandei paham? agik juak nak mejal, adoh lah!

Bobby Nuurri said...

Khas,
:) betul. mungkin mereka perlu banyak membaca buku-buku seperti "How to Approach People - The Right Way"

:)