Tuesday, November 2, 2010

Jangan suka membanding tara. Tak bagus.

Kenapa kita mahu persoalkan hidup kita?
Kenapa mahu banding-tara diri kita dengan orang lain?
Eh kau kena ingat, bila kau banding-tara diri kau dengan orang lain, kau menghina diri kau sendiri.

Duduk sejenak, dua jenak, tiga jenak.
Ambil masa untuk berfikir.

Mungkin kau kadang-kadang hairan, pelik, cemburu, tak puas hati, pening lalat dan sebagainya bila orang yang kau rasa tak pun sehebat engkau tapi lebih berjaya dari engkau. Kau yang kononnya hebat sekolah sampai habis ijazah kelas pertama di universiti luar negara seberang laut, malah ada ijazah sarjana di universiti berprestij di Malaysia tapi tak jugak dapat kerja sebagus kawan kau yang hanya ada ijazah kelas kedua rendah, kolej swasta yang kau pun tak pernah dengar wujud tak wujud dalam negara Malaysia ni.

oi. sila jangan banding tara.

itu rezeki dia.

periuk kau lain, periuk dia lain.

Mungkin kau pun kadang-kadang fed-up, tension, naik gila, nak sawan-mulut-keluar-buih-buih-putih, migraine tahap urat gerak-gerak, bila kawan kau yang tak secantek/sehensem/sestylo/semacho kau dapat pasangan yang mak-aii-hensem/lawa gila-babi-dah-lah-kaya-baik-hati-pulak-tu? dan kau pulak tak ada boyfriend/girlfriend sekalipun.

oi. sila jangan pasang trick nak gi tackle couple dia.

itu jodoh dia.

masa ni kau ambil masa secukup yang kau rasa, fikir pasal diri kau. lihat diri kau, apa kurang nya, apa perangai buruk yang ade kat kau yang kau belom-belom lagi sedar nak ubah. apa jahat yang dah kau buat kat orang, cuba betulkan salah silap kau. at least, cuba jadi orang yang lebih baik.

apa yang aku nak ujarkan adalah sangat senang. ambik masa untuk muhasabah diri. setiap hari, cuba jadi orang yang lebih baik dari apa yang kau sekarang.

pasal rezeki, itu Allah dah tentukan. jodoh pun Allah tentukan.
hala-tuju hidup kau, kau yang tentukan dengan keputusan dan pilihan yang kau buat hari ini. pernah dengar ape yang orang kata "The choice you make today will determine who the hell you are tomorrow"? itu yang aku maksudkan. buat pilihan bijak sepanjang kau hidup. dan please jangan banding tara diri kau dengan orang lain.

itu je la. aku kadang-kadang tension jugak bila orang-orang sekeliling aku/kawan/sedara-mara/siapa-siapalah yang rasa down-tension sebab banding tara diri dengan orang lain. well, aku pun kadang-kadang ada jugak perangai emo pelik tu. tapi, aku cuba-cuba waraskan otak. sebab aku tahu, aku awesome. aku awesome dengan cara aku sendiri. walaupun maybe aku tak sekaya/setebal poket kau dan kau, dan tak secantek Lisa Surihani yang pelat "r" ataupun Nora Danish yang kiut tu, aku tetap awesome. aku tetap awesome sebab aku ada banyak lagi benda yang buat aku gembira. contohnya, keluarga. kawan. hobi. minat. dan koleksi DVD aku yang banyak.

jangan buang masa ratapi benda yang tak perlu difikirkan sangat.

dah dah lah tu.

5 comments:

adrenalin said...

jangan buang masa ratapi benda yang tak perlu difikirkan sangat.


ouch.tapi sangat setuju.ada butang like?

manusia, typicallah, bukan semua pandai bersyukur dgn apa ada.

:)

Bobby Nuurri said...

adrenaline,
manusia memang tak pernah cukup.

:)

Knisa Zain said...

hehehe. nice one bobby. the more we compared ourself ngan org lain, more unhappy we became. tapi bila org start compare hidup kita ngan org lain, maksud nya hebat juak lah kita tok. masuk list sidak nya. show them more bobby. let the rot in hell. hahahahahaha

eh nak hantar pun kena isi wordverification bawah tok ka. buang buang buang.

Lynda.CG said...

ohoo Lisa pelat 'R' ke? nak tgu dia sebut 'R' pasnih. hahahahah :p

Bobby Nuurri said...

girl.
hahaha. very true. comparing is never a good thing to do. unless, you are comparing to the betterment of yourself.

haha. ngegeh. word verification tok nang ada. kelak la kmk adjust setting nya.

lynda, aah. haha. i pun baru perasan sebab haritu TERPAKSA pegi tengok Lagenda Budak Setan. Dalam wayang. damn it. nak muntah i tgk cite tu.