Hi,
Salam sejahtera para pembaca yang aku dah ketepikan semenjak dua menjak ni.
Maaflah. Aku sedikit busy dengan kehidupan aku. Surviving the world orang kata. Kerja aku banyak. Belum lagi research aku yang masih pending. Syukur 2 minggu lepas aku dah konvo master aku di UiTM. Heh. Gambar konvo aku mak-ai tak senonoh. Malas aku nak cerita la.
Haritu aku pergi apply TPM (Young Lecturer Scheme/Tenaga Pengajar Muda) UiTM. Dan dapat la pergi interview. Doakan la aku dapat, kalau aku dapat aku pergi Amerika. Haha. Please la Tuhan, aku nak lari ni dari dunia Malaysia ni. Setahun dua pun jadi lah.
Sekarang aku busy jugak la dengan project aku dengan Discovery Channel & Luncai Emas. Dan haritu project aku dengan MPOB adalah project gagal. Entahla. Aku kot yang bebal tak reti tulis pasal palm oil? Haha. But whatever lah. Aku memang mengaku, aku kurang sikit kalau kerja yang controlled tak melibatkan creativity ni. Aku jadi tension. But carik makan, terpaksalah nok.
Okay berbalik kepada tajuk "Kenapa menjadi penting untuk kita memilih orang yang sesuai dengan jiwa kita?" Kenapa aku nak kupas pasal issue ni? Satu sebab, aku tengah work on drama proposal untuk TV3. Entah lepas ke tidak aku tak tahu, yang aku tahu sekarang mood aku adalah BERCINTA. Haha.
Jadi seperti yang korang mungkin sedia maklum, aku adalah big failure di dalam boyfriend department. Mungkin sebab aku ni mental, egois, saiko dan sebagainya aku tak tau. Yang penting, aku adalah failed project all the time. Hehe. Jadi kisah fantasi aku hanya dimakbulkan melalui skrip yang aku tulis.
Kenapa kita perlu memilih orang yang sesuai dengan jiwa raga kita? Aku rasa biarlah aku tulis dalam point form, supaya senang la kita-kita ni nak take note.
- Kita memilih orang yang sama jiwa raga dengan kita antara sebabnya adalah kita punyai telepati untuk memahami kehendak satu sama lain. Hubungan yang menarik dan paling best adalah bila pasangan kita tak perlu la nak diexplain banyak kali apa yang kita nak. Kadang-kadang, bila kemistri kita tu dah memang tahap dewa, pandangan mata pun dah boleh baca. Marah ka kita, sedih ka kita, apa kah perasaan kita. Dia boleh tahu.
- Dua, bukan setakat itu, kalau kita punyai minat yang sama, kita boleh spend time sama-sama buat benda yang kita suka. Contoh, kalau kau suka musik, dia pun suka musik, apa lagi. Buat la lagu sama-sama. Kalau dia suka camping, kau pun suka camping, apa lagi, berkampung la dalam hutan sekali sekala. Itu lagi happening, kau bukan setakat semakin sayang dan menjadi lebih mengenali partner kau, malah boleh menjadikan hubungan kau semakin stabil dan marveles. Well, kadang-kadang orang kata Opposite Attracts? Benar. Ada benarnya, namun kebarangkalian survival dia berbanding hubungan yang lebih banyak persamaan adalah jauh lebih kurang. Cuba imejin, kau adalah jenis awek hardcore, headstrong malah annoyingly critical dan pakwe kau pulak seorang yang inferior dan jenis kemas all the time dan tak suka perkara-perkara outdoor. Sedikit sebanyak, aktiviti yang kau suka, kau dah tak boleh buat sebab kita kadang-kadang mahu lakukan aktiviti yang kita suka dengan partner kita. Kalau dia dah mengomel komplen-komplen, tak best la. Kalau pun dia bagi muka, kau rasa berapa lama dia nak bagi muka pun?
- Satu lagi, kita boleh menjadi diri kita yang sebenar depan dia. Tanpa perlu la kita tiba-tiba menjadi gadis ayu akhir zaman sebab kononnya nak impress boyfriend kita. Begitu juga kepada lelaki, yang tiba-tiba jadi metroseksual sebab girlfriend suka lelaki metroseksual yang wangi dan baju kemas sepanjang masa. Nak kentut depan dia pun malu-malu. Eh kamon la. Partner kita seharusnya menjadi bestfriend kita dan kita tak perlu malu depan dia. Kena tunjukkan perangai kita supaya kita boleh tahu dia dapat tak terima kita seadanya, kalau tak dapat. Maka ternyatalah dia bukan untuk kita, walau muka dia hemsem macam Brad Pitt ka, muka cantek macam Angelina Jolie ka.
- Bagi aku satu lagi adalah, hubungan lelaki perempuan ni bukan untuk sekadar isi masa lapang. Kita in a relationship sebab kita nak membina keluarga di masa akan datang. Satu soalan yang kau kena tanya diri kau bila kau dah ada dalam relationship, boleh ke tak dia ni jadi isteri/husband aku nanti? Aku nak ke die ni jadi mak/bapak kepada anak-anak aku nanti? Sanggup ke aku nak hidup dengan manusia ni sampai tua? Kalau kau pilih orang yang bukan jiwa kau, bukan yang sama wavelength dengan kau, kau rasa kau mampu habiskan 50years of your life menghadap dia? Aku tak sanggup. Mungkin sesetengah orang boleh, namun ada price to pay. Sama ada kau berubah menjadi dia, atau dia berubah menjadi kau. Entahlah. Yang penting aku taknak macam tu. Aku selalu picture, laki aku nanti enjoy apa yang aku enjoy supaya sampai tua kitorang ada buat aktiviti berpasukan seperti piknik dan bermain musik di beranda rumah.
Mungkin tu je la points aku setakat ni.
Akibat otak aku rusty malam ni, idea aku sendat sikit. Mungkin sebab aku belum mandi lagi kot.
Sedihnya, mak bapak aku nak balik Miri dalam 2 hari lagi.
Haisehmen, Gua tacing la.













